Monday 5 October 2009

Jamuan Hari Raya



Yeah! Pada 3 oktober 2009, satu majlis jamuan Aidilfitri telah pun dianjurkan oleh warga PEMBINA daerah Hulu Langat bertempat di Bangunan PKNS Bangi, Dewan Cempaka. Jadi beberapa orang wakil puak GNCC telah berjaya sampai untuk memberi sokongan staf dan juga bantuan dalam mengendalikan atur acara majlis. Syabas diucapkan kepada PEMBINA DHL kerana telah berjaya menganjurkan majlis tersebut dengan jayanya!


Seramai lebih kurang 300 orang pengujung tiba di dewan cempaka, yang kemudiannya dimuatkan dengan ucapan serta sepatah dua kata dari beberapa orang penting. Ternyata, dengan kesatuan dan persatuan yang kita ada, maka ukhuwah tersebut berjaya dirapatkan lagi. Juga hadir ialah wakil KARISMA, JASA, ABIM, PEBIAS dan tidak kurang yang ingn juga menonjol iaitu KMB. (tiada dalam list pun)

Malam sebelum Majlis tersebut menggambarkan suasana agak kecelaruan dan ketegangan tatkala saudara Amirul kita telah dipaksa rela untuk menjadi Pengacara Majlis untuk majlis tersebut. Namun berbekal pengalaman dan keberanian yang ada, beliau akur dan menerima cabaran tersebut! Syabas Amirul Asyrof, walaupun anda sibuk dengan IA econs yang belum dihantar (Sempat jua beliau mendownload PEST demo 2010!).


Saudara Amirul Asyrof mengedalikan Majlis

Semoga ikatan ukhwan Islamiyah ini terus berkekalan, dan sebagai satu persatuan yang berteraskan ukhuwah dan Motivasi, GNCC harus lebih gah dan mantap dalam mengukuhkan tali persaudaraan ini. TIada yang hebat dengan kesatuan, tiada yang kukuh tanpa binaan dan jalinan kemseraan, tiada yang roboh jika hati bertaut pada tautan Illah. Hilangkan rasa perit dan cerahkan rasa manis, taburkan madu keikhlasan agar ia berputik menjadi debungan yang menghamparkan sejuta senyuman!

1 comment: