Tuesday 29 September 2009

IHYA' RAMADHAN 09




Selari dengan ketibaan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan,di mana pelbagai promosi hebat telah diuar-uarkan oleh ALLAH s.w.t.,GNCC dan kerjasama beberapa ahli kelab HOPE telah mengambil peluang dan ruang ini untuk menganjurkan satu program iaitu “IHYA' RAMADHAN” serta mengariskan beberapa tujuan untuk disasarkan bagi kepentingan semua pelajar tahun 1 Kolej Mara Banting. Antara objektif yang diharapkan melalui program ini ialah untuk menghidupkan suasana Ramadhan dengan aktiviti-aktiviti yang mungkin menjadi perkara jumud tika ini. Selain itu, objektif nukleus lain ialah untuk merapatkan silah antara pelajar tahun 1 dengan penerapan nilai-nilai islam yang akan menjadi satu keperluan penting ketika melangkah ke alam yang lebih mencabar kelak. Disamping itu, ia juga brtujuan untuk mewujudkan semangat kompetitif dalam kalangan pelajar dengan pertandingan-pertandingan yang dianjurkan. Akhir sekali, program ini juga diharapkan dapat membuktikan bahawa islam itu merupakan agama yang menyeluruh dan merangkumi segala aspek kehidupan manusia.

Dalam kekangan waktu yang agak singkat,beberapa aktiviti sempat dijalankan. Antaranya:

  • race al quran
  • debat
  • pertandingan membuat video
Sambutan yang diberikan oleh pelajar agak memberangsangkan walaupun masing-masing sibuk dengan 'standardize test' pada minggu tersebut. Moga-moga dengan adanya program sebegini, ia mampu memberi seribu manfaat dan impak yang sempurna kepada kita, para remaja.







No comments:

Post a Comment